Terma & Syarat

1- MyBlouseShop mengamalkan polisi 1st come, 1st serve (siapa cepat dia dapat). Booking tanpa deposit hanya kami simpan untuk tempoh 24 jam sahaja.
2- Untuk booking dengan deposit, pihak kami akan simpan untuk tempoh 2 minggu sahaja. Selepas 2 minggu, jika tiada sebarang bayaran diterima, pihak kami berhak untuk lelong item tersebut pada harga diskaun.
3- Semua penghantaran akan dilakukan melalui perkhidmatan POSLAJU (Pos Malaysia). Kami akan proses order, 1-3 hari bekerja selepas bayaran penuh diterima.
4- Penghantaran akan dilakukan dari hari Isnin hingga Jumaat sahaja. Tiada penghantaran pada hari Sabtu.
5- Sebarang kerosakan atau pertukaran saiz mestilah dimaklumkan selewat-lewatnya 2 hari selepas barang diterima, dan perlu pulangkan dan sampai dalam tempoh 5 hari bekerja.
6- MyBlouseShop  tidak bertanggungjawab atas kerosakan yang berlaku semasa proses penghantaran dilakukan.
7- Jika kerosakan berpunca daripada kesilapan pihak kami, kos pos semula (dari MyBlouseShop ke pelanggan) akan ditanggung sepenuhnya oleh kami.
8- Bagi kes pertukaran saiz, kos penghantaran semula (dari MyBlouseShop ke pelanggan) ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan. Sila sertakan kos tersebut bersama parcel yang dikirim.
9- Penukaran hanya dibenarkan dengan barang yang sama harga atau harga lebih tinggi. Jika harga lebih tinggi, pelanggan perlu bayar perbezaan harga.
10- Penukaran hanya dibenarkan jika ada terdapat kerosakan dan pertukaran saiz sahaja. Alasan tersilap kod item atau tidak berkenan dengan warna tidak akan diterima.